facebook  twitter  rss

Syarat Am & Khas Kemasukan

Written by Admin on . Posted in Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang- kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau 6C/Gred C Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
 dan
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
    •  Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
    •  Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain
 atau
  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
 atau
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;
 atau
  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;
 dan
  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1) / Band Satu (1).