facebook  twitter  rss

Soalan Lazim

1. Bagaimana saya boleh memohon kursus-kursus ijazah yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
  Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Akademik. 
   
2. Di manakah terletaknya Pejabat Am fakulti? 
  Pejabat Am fakulti terletak di Aras 1, Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah.
   
3.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin menangguhkan semester atau menarik balik diri dari pengajian saya?

  Mengisi borang yang diperlukan, yang boleh didapati dari pejabat am fakulti.
   
4. Sebagai pelajar yang sedia ada, bila saya sepatutnya mendaftar untuk semester baru?
  Pendaftaran perlu dibuat pada hari pertama setiap semester.
   
5.

Bolehkah saya mendaftar untuk semester baru, walaupun saya masih belum membayar yuran dan denda sebelum ini?

  Ya, pendaftaran boleh dibuat, di mana fakulti hanya akan memberi slip jadual kuliah sahaja. Keputusan peperiksaan akan diberikan selepas semua yuran tertunggak dan denda telah diselesaikan.