facebook  twitter  rss

Pendidikan Khas

Written by Admin on . Posted in ISMP-Pend Khas

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian

OBJEKTIF PROGRAM

Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) berhasrat melahirkan guru Pendidikan Khas yang mempunyai kecekapan dan kemahiran profesional. Tujuan proses ini adalah untuk mengendali dan menguruskan pendidikan murid-murid berkeperluan khas serta menyediakan guru pendidikan khas yang berpengetahuan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik, sesuai dan kontemporari dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada bidang masalah Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran, Bermasalah Penglihatan dan Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cardas serta bidang-bidang ketidakupayaan yang lain.