facebook  twitter  rss

Jabatan Pengajian Pendidikan

Written by Admin on . Posted in ISMP-JPP

OBJEKTIF JABATAN

Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar bagi kursus-kursus utama dalam struktur pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu dalam komponen Profesional Pendidikan dan kursus Latihan Mengajar. Tujuan utama kursus-kursus pendidikan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tentang perkembangan pendidikan di Malaysia yang merangkumi falsafah dan dasar pendidikan, pembelajaran dan perkembangan pelajar, pengurusan pembelajaran, pengajaran dan teknologi serta pentaksiran pembelajaran.

 

BIL. KURSUS JAM KREDIT
A) Kursus Profesional Pendidikan 24
1. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar 2
2. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar 4
3. Pengurusan Pembelajaran 4
4. Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 6
5. Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 6
6. Seminar Refleksi Latihan Mengajar 2
B) Latihan Mengajar 8