facebook  twitter  rss

Perutusan Dekan

ProfAmir Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya, bagi pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Saya percaya anda telah membuat pilihan yang tepat dan buktikanlah keazaman anda itu melalui kecemerlangan yang anda perolehi dalam pengajian nanti.


Laman sesawang fakulti ini bertujuan memberi maklumat kepada pelajar dan bakal pelajar Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia mengenai fakulti ini khususnya berkaitan akademik. 


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia berusaha sedaya-upaya memenuhi tuntutan semasa demi memartabatkan bidang pendidikan. Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan daripada anda. Oleh itu, gunakanlah peluang yang disediakan untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan demi kemajuan diri, Fakulti dan pendidikan seluruhnya.

Sekian dan Selamat Maju Jaya.


Profesor Dr. Amir Hasan Dawi
Dekan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris