facebook  twitter  rss

Misi Visi Objektif

Visi

Menjadi fakulti yag cemerlang dalam kepimpinan pendidikan dan pembangunan manusia bagi melahirkan graduan yang peka dan berwibawa dalam menerajui pendidikan.

 

Misi

Menjana dan menatar ilmu melalui bidang pendidikan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan manusia selaras dengan visi dan misi universiti.

 

Objektif Kualiti Fakulti

  • Nisbah pensyarah-pelajar bagi jumlah pelajar sepenuh masa adalah seperti yang ditetapkan oleh MQA. 
  • Sekurang-kurangnya 95% pelajar sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
  • Memastikan 95% pensyarah mendapat penilaian baik (sekurang-kurangnya 80%) dalam penilaian pembelajaran oleh pelajar bagi setiap semester. 
  • Memastikan 80% kursus yang dinilai mendapat penilaian baik (sekurang-kurangnya 80%) dalam penilaian pembelajaran oleh pelajar untuk setiap semester. 
  • Mencapai sekurang-kurangnya 95% jumlah kursus yang ditawarkan bagi tahap baik di dalam indeks pemantauan hasil pembelajaran (CLOM) bagi setiap semester. 
  • Sekurang-kurangnya 75% daripada staf akademik sebagai penyelidik utama.
  • Memastikan setiap pensyarah menghasilkan artikel ilmiah sama ada dalam jurnal ataupun prosiding berdasarkan kepada KPI pensyarah.
  • Memastikan 85% pelajar dan staf berpuas hati dengan persekitaran dan kemudahan yang disediakan.
  • 100% kakitangan (tetap dan kontrak) memenuhi minimum mata CPD yang ditetapkan.
  • Memastikan 100% cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh satu (1) hari bekerja.